Ringkasan Jangan Pandang Belakang Congkak

Filem ini mengisahkan tentang 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada seorang leleki misteri iaitu Pak Sudir (Pak Piee) dan kemudiannya menjemput mereka datang ke rumahnya iaitu, Punai (Mazlan Pet Pet), seorang drebar, Asmat (Cat Farish), bekerja sebagai tukang cuci di studio rakaman dan Johan (Shaheizy Sam), pula seorang pelakon tambahan. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka pun tiba di rumah Pak Sudir.

Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir (Pak Piee) adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika (Lisa Surihani), seorang wanita misteri yang menyambut kehadiran mereka, memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang pun di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang.

Bermula malam pertama mereka bermalam di rumah Pak Sudir, kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar dan huru-hara.